Kanser Tiroid (Thyroid Cancer)

Kanser tiroid adalah sel abnormal yang tumbuh dan merebak dalamkelenjar tiroid. Tiroid adalah kelenjar di bahagian depan leher, terletak di bawah biji halkum. 

Kelenjar tiroid ini menghasilkan hormon tiroid yang mengawal tekanan darah, kadar jantung, dan suhu. 

Terdapat pelbagai jenis kanser tiroid, antaranya: kanser papillary tiroid, kanser tiroid folikel, kanser tiroid berkenaan dengan sumsum, kanser tiroid anaplastic, dan limfoma tiroid. 

Kanser tiroid biasa berlaku di kalangan pesakit yang terdedah kepada dos tinggi sinar radiasi atau yang mempunyai sejarah keturunan keluarga masalah tiroid membesar (goiter).


Tanda tanda kanser tiroid

Leher membengkak
Benjolan dari dalam leher
Suara serak / garau
Nod limfa membengkak
Susah menelan
Susah bernafas
Sakit leher
Sakit tekak


Cara ujian kanser tiroid

Ujian darah
Ultrasound 
Radionuclide scan
Biopsi


Rawatan kanser tiroid

Bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Cara rawatan biasa kanser tiroid adalah:

Pembedahan
Kimoterapi
Radioterapi
Iodin radioaktif
Pengambilan suplimen hormon tiroid untuk kes rawatan pembedahan