Kanser rektum adalah pertumbuhan sel yang tidak normal atau sel kanser dalam rektum.
Rektum terletak pada bahagian terakhir usus besar yang bersambung dengan dubur. Fungsi utama rektum adalah untuk menyimpan najis yang disalurkan dari usus besar, kemudian dikeluarkan daripada badan melalui dubur.
Perkara-perkara berikut meningkatkan risiko kanser rektum: Faktor usia, merokok, makanan berlemak, dan sejarah keluarga pernah alami polip atau kanser kolorektal.
Tanda tanda kanser rektum
Rasa sakit dibahagian rektum
Sakit semasa buang air besar
Sembelit
Sakit dibahagian abdomen
Pendarahan melalui dubur
Hilang berat badan
Cara ujian kanser rektum
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan.
Colonoscopy- pemeriksaan kamera melalui dubur
Biopsy
CBC (complete blood count)
CMP (comprehensive metabolic panel)
CT Scan
MRI scan
Cara rawatan kanser rektum
Bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit, rawatan yang biasa dilakukan adalah
Pembedahan
Kimoterapi
Radioterapi


