Kanser rahim berlaku akibat daripada pertumbuhan sel abnormal dalam organ rahim wanita. Sel-sel yang tidak normal ini membesar dan menghasilkan tumor yang semakin membesar.
Terdapat dua jenis kanser rahim. Jenis pertama melibatkan lapisan rahim (endometrium carcinoma) dan jenis yang kedua melibatkan dinding otot rahim (uterina sarcoma).
Kanser rahim adalah kanser yang biasa terjadi pada sistem pembiakan wanita dan karsinoma endometrium adalah punca yang paling biasa.
Biasanya kanser rahim ini berlaku pada wanita pada usia pertenghan.
Tanda tanda kanser rahim
Sakit di bahagian bawah abdomen
Celah pelvik paha rasa sengal sakit
Pendarahan berterusan dari faraj
Kitaran haid yang tidak normal
Rasa sakit dan pendarahan semasa atau selepas hubungan intim
Pendarahan walaupun setelah menopaus
Cara ujian kanser rahim
Ujian fizikal akan dilakukan
Ujian darah complete blood count (CBC)
Comprehensive metabolic panel (CMP)
CT scan
Ultrasound
Endometrial endoscopy
Rawatan kanser rahim
Rawatan kanser rahim bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara yang biasa dilakukan adalah:
Pembedahan
Kimoterapi
Radioterapi
Terapi hormon