Kanser prostat adalah kanser yang berlaku dalam organ prostat, hanya berlaku kepada lelaki sahaja.
Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan ia mengelilingi uretra (tiub saliran pundi kencing ini).
Kanser prostat boleh dikesan awal melalui ujian darah (prostat spesifik antigen) , ia memberi peluang pesakit untuj mendapat rawatan awal.
Kanser prostat yang lambat dirawat berisiko tinggi merebak ke organ lain dalam badan.
Tanda tanda kanser prostat
Susah buang air kecil
Proses bermula buang air kencing sangat lambat
Aliran air kencing tak sekata (bersepah)
Rasa sakit semasa ejakulasi seks
Sakit belakang badan
Sakit semasa buang air besar
Rawatan Kanser Prostat
Pembedahan
Radioterapi
Brachytherapy
Terapi hormon
Kimoterapi
Cara Mencegah Kanser Prostat
Terdapat beberapa bukti bahawa kanser prostat adalah kurang berlaku di kalangan lelaki yang kerap makan diet rendah lemak yang kaya dengan lycopene (antioksidan dalam buah tomato).
Kanser prostat jarang sembuh apabila ia telah merebak, tetapi ramai lelaki bertahan selama bertahun-tahun atau bahkan berpuluh tahun selepas didiagnosis. Malah, lebih ramai lelaki mati kerana sebab-sebab lain semasa mereka mempunyai kanser prostat berbanding mati akibat kanser.