Kanser yang berlaku dalam organ pankreas. Pankreas adalah organ dalam abdomen yang menghasilkan insulin dan jus pencernaan.
Kanser pankreas adalah punca keempat yang utama penyebab kematian akibat kanser di Amerika Syarikat.
Kanser pankreas paling berbahaya dipanggil "adenokarsinoma". Tumor endokrin adalah satu lagi jenis kanser pankreas dan ini tidak begitu berbahaya.
Tanda tanda Kanser Pankreas
Hilang berat badan
Sakit dibahagian abdomen
Hilang selera makan
Mata dan kulit warna kuning (sakit kuning / juandis)
Loya & muntah muntah
Badan lemah tak bertenaga
Demam
Cirit birit
Sakit belakang badan
Najis berwarna kelabu
Pucat
Cara Rawatan Kanser Pankreas
Pembedahan
Kimoterapi
Radioterapi
Kerana tanda awal kanser pankreas tidak muncul sehingga kanser telah merebak, penyakit ini adalah sukar untuk diubati.
Tetapi rawatan awal boleh membantu mengawal kanser dan meningkatkan jangka hidup dan kualiti hidup pedakit.
Ia bergantung kepada banyak perkara, antaranya: Berapa banyak kanser telah merebak, faktor umur dan kesihatan badan, dan bagaimana badan pesakit bertindak balas kepada rawatan.
Cara Mengelakan Kanser Pankreas
Tidak ada cara yang terbukti untuk mencegah kanser pankreas. Anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser ini dengan tidak merokok.
Merokok adalah faktor risiko yang paling penting yang berkaitan dengan kanser pankreas. Jika anda merokok, berhenti. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan.
Anda juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pankreas dengan:
Makan makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Kekal aktif secara fizikal dan melibatkan diri dalam latihan sehari-hari
Mengekalkan berat badan yang sihat