Kanser kelenjar susu atau Carcinoma ductal in situ (DCIS) adalah sejenis kanser payudara yang bermula di dalam saluran susu dan tidak menyerang tisu sekeliling. DCIS biasanya asimptomatik dan sering dijumpai awal penyaringan mamogram.
DCIS adalah jenis kanser yang tidak merebak dan mewakili 20% daripada semua jenis kanser payudara baru yang didiagnosis.
Faktor-faktor risiko termasuk sejarah keluarga kanser payudara, payudara terlalu padat, obesiti dan kehamilan pertama selepas usia 30 tahun. Ia juga dikaitkan dengan BRCA 1 dan 2, gen penyebab kanser payudara.
Tanda tanda kanser kelenjar susu CDIS
Biasanya tiada simptom jelas, melainkan dikesan semasa sesi mamogram. Jika berlaku biasanya akan menyebabkan benjolan payudara dan lelehan cecair melalui puting payudara.