Kanser Darah (Leukemia)

Leukemia / Kanser darah adalah Satu penyakit darah yang terbentuk akibat sel darah putih lebih banyak daripada sel darah merah. Ia berkait rapat dengan masalah pada sistem limfa  & sumsum tulang).

Terdapat pelbagai jenis termasuk: leukemia akut lymphocytic (ALL), leukemia akut myelogenous (AML), leukemia kronik lymphocytic (CLL), leukemia myelogenous kronik (CML), dan leukemia sel berbulu. 

Keterukan penyakit ini bergantung kepada jenis sel dan sama ada ia adalah bentuk yang akut atau kronik.


Tanda tanda leukemia / kanser darah

Biasanya tiada tanda awal yang dapat dikesan:

Sakit & bisa pada tulang
Gusi berdarah
Senang lebam
Badan lemah
Kerap sakit
Demam
Seram sejuk
Ruam
Hilang berat badan
Nod limfa bengkak
Susah bernafas