Jangkitan Pundi Kencing terjadi akibat Jangkitan bakteria pada saluran pundi kencing bahagian bawah atau bahagian bawah. Pundi kencing adalah organ yang paling biasa dengan semua jenis jangkitan (cystitis). Ia dipanggil jangkitan saluran bawah.
Untuk kes jangkitan saluran atas, ia melibatkan ureter dan buah pinggang. Jika jangkitan berlaku kepada buah pinggang (pyelonephritis) ia boleh menjadi sangat serius dengan demam panas, muntah-muntah, dan sakit yang teruk.
Biasanya jangkitan saluran pundi kencing adalah disebabkan oleh serangan bakteria. Pada pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah (pesakit kencing manis, pesakit yang menerima kemoterapi, HIV / AIDS, orang tua), rawatan segera diperlukan kerana peluang bakteria membiak sehingga mengancam nyawa sangat tinggi.
Tanda tanda jangkitan pundi kencing
Jangkitan pada saluran bawah (pundi kencing) menyebabkan:
- air kencing keruh
- darah dalam air kencing (hematuria)
- air kencing bau busuk atau bau kuat
- kerap atau terdesak untuk membuang air kecil
- kerap membuang air kecil pada waktu malam (nokturia)
- sakit atau perit semasa membuang air kecil (dysuria)
- rasa sakit di bawah pusat
Jangkitan saluran atas menyebabkan sakit rusuk, demam, hilang selera makan, loya dan muntah-muntah.
Ujian Jangkitan Pundi Kencing
- Pemeriksaan fizikal
- UA Urinalanysis
- Kultur urin
Rawatan Jangkitan Pundi Kencing
Rawatan bergantung kepada tahap dan jenis penyakit serta kesihatan pesakit. Antara rawatan jangkitan pundi kencing adalah:
- Ubat antibiotik
- Ubat tahan sakit
Wanita dengan jangkitan pundi kencing yang ringan dapat sembuh dalam tempoh beberapa jam selepas mengambil dos pertama antibiotik, dan semua tanda jangkitan hilang dalam tempoh tiga hari.
Walau bagaimanapun, untuk kes jangkitan yang teruk, seperti lelaki dengan kelenjar prostat yang bengkak, kesannya agak memerlukan lebih masa.
Cara Elak Jangkitan Pundi Kencing
Wanita boleh mencegah jangkitan pundi kencing dengan mengelap dari arah depan ke belakang dengan tisu tandas selepas membuang air kecil dan selepas melakukan persetubuhan.
Sesetengah wanita yang mempunyai dua atau lebih jangkitan pundi kencing dalam masa 1 tahun digalakan mengambil antibiotik selepas hubungan seks, tiga kali seminggu, atau setiap hari untuk mencegah jangkitan.
Terus ke tandas sebaik sahaja anda terasa ingin membuang air kecil dan minum banyak air setiap hari.
Elak menggunakan diafragma untuk mencegah kehamilan, tukar kepada kaedah yang lain untuk mencegah kehamilan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa minum jus kranberi boleh mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan saluran kencing dan pundi kencing.