Hepatitis C adalah jangkitan virus yang merosakkan organ hati. Virus ini biasanya tersebar melalui jangkitan dengan darah yang telah dijangkiti virus hepatitis C ini.
Kebanyakan jangkitan berlaku disebabkan oleh perkongsian peralatan suntikan (jarum) dan juga mempunyai hubungan seks dengan orang yang dijangkiti.
Hepatitis C juga boleh disebarkan daripada ibu yang dijangkiti kepada anak semasa kehamilan atau selepas kelahiran.
Kebanyakan pesakit hepatits C mempunyai simptom yang sangat kecil dan mereka tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti. Kemudian apabila berlarutan, ia boleh menjadi keradangan hati kronik.
Individu paling berisiko adalah pekerja yang terdedah kepada darah (pekerja penjagaan kesihatan) dan individu yang mengamalkan seks bebas atau berkongsi jarum suntikan.
Tanda tanda hepatitis C
- Badan lemah tidak bertenaga
- Tiada selera makan
- Demam berpanjangan
- Rasa loya
- Sakit di bahagian abdomen
- Penyakit kuning dapat dilihat pada warna kulit dan mata putih.
Cara ujian hepatitis C
- Ujian fizikal akan dilakukan
- Ujian darah - CBC complete blood count
- CMP complete metabolic panel
- Ujian profil hepatitis
- aPTTT @ PTT activated partial thromboplastin
- PT/INR Prothrombin test
Rawatan hepatitis C
Rawatan bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara rawatan hepatitis yang biasa dilakukan adalah:
- Ubatan antiviral yang baru ditemui mungkin dapat membantu mengurangkan hepatitis C, antaranya simeprevir (Olysio), sofosbuvir (Sovaldi), sofobuvir-ledipasvir (Horvani) Ataupun agen antivirus entecavir atau tenofovir.
- Bagi kes kegagalan 100% hati, pembedahan pemindahan organ akan dilakukan.
- Suntikan vaksin hepatitis A dan hepatitis B juga diberi untuk elak serangan sama pada masa akan datang.