Hepatitis B adalah jangkitan virus yang merosakkan organ hati.
Biasanya serangan hepatitis B ini mempunyai tempoh serangan yang singkat dan kemudian virus akan terhapus oleh sistem pertahanan badan.
Terdapat juga kes dimana pesakit mengalami serangan hepatitis B yang kronik untuk jangka masa panjang.
Virus hepatitis B tersebar melalui hubungan dengan darah yang dijangkiti, air mani, atau cecair faraj, perkongsian alat suntikan.
Ibu-ibu mengandung yang dijangkiti boleh menyebabkan virus tersebut merebak kepada anak-anak mereka semasa kandungan dan selepas kelahiran.
Individu paling berisiko adalah mereka pekerja yang terdedah kepada darah (pekerja penjagaan kesihatan) dan individu yang mengamalkan seks bebas atau yang berkongsi jarum suntikan.
Tanda tanda hepatitis B
- Simptom hepatitis B boleh dilihat selepas 6 minggu sehingga 6 bulan selepas jangkitan.
- Badan lemah tak bertenaga
- Hilang selera makan
- Demam
- Loya
- Sakit dibahagian abdomen
- Sakit kuning di kulit dan mata
Cara ujian hepatitis B
- Ujian fizikal akan dilakukan
- Ujian darah - CBC complete blood count
- CMP complete metabolic panel
- Ujian profil hepatitis
- aPTTT @ PTT activated partial thromboplastin
- PT/INR Prothrombin test
Rawatan hepatitis B
Rawatan bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara rawatan hepatitis yang biasa dilakukan adalah:
- Kes hepatitis ringan biasanya tidak perlu rawatan kerana ia mampu disembuhkan oleh badan
- Namun bagi kes kronik, aplha interferon akan diberi. Ataupun agen antivirus entecavir atau tenofovir.
- Bagi kes kegagalan 100% hati, pembedahan pemindahan organ akan dilakukan.