Hepatitis A adalah jangkitan virus yang merosakkan organ hati. Kebanyakan kes hepatitis A adalah ringan dan hilang selepas beberapa minggu.
Virus ini biasanya dijangkiti akibat makan atau minum air yang tercemar. Ia juga boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan orang yang dijangkiti hepatitis A.
Suntikan vaksin imunisasi mampu hadapi penyakit hepatitis A hati ini.
Tanda tanda hepatitis A
- Badan lemah & lesu
- Hilang selera makan
- Demam
- Rasa loya
- Sakit di bahagian abdomen
- Sakit kuning di kulit dan mata
Cara ujian hepatitis A
- Ujian fizikal akan dilakukan
- Ujian darah - CBC complete blood count
- CMP complete metabolic panel
- Ujian profil hepatitis
- aPTTT @ PTT activated partial thromboplastin
- PT/INR Prothrombin test
Rawatan hepatitis A
Rawatan bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara rawatan hepatitis yang biasa dilakukan adalah:
- Hepatitis A biasanya mampu sembuh dalam masa 2-4 minggu, tapi ia juga boleh berlarutan sehingga 6 bulan. Jadi adalah sangat penting untuk tidak membebankan hati dengan pengambilan bahan berat seperti alkohol.
- Suntikan vaksin hepatitis juga dapat bantu mengurangkan risiko serangan akan datang.