Benjolan Payudara (Breast Cyst)

Benjolan payudara terjadi apabila terdapat kantung berisi cecair dalam payudara. 

Cyst payudara ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala menyebabkan rasa sakit atau berselangan dengan rasa pedih. 

Ia biasanya ditemui selepas proses diagnostik seperti ultrasound atau mamogram atau pemeriksaan payu dara manual. 


Antara faktor penyebab cyst payudara adalah:


  • Hormon tidak seimbang
  • Faktor umur
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Berumur antara 35 dan 50.
  • Biasanya benjolan kecil cecair dalam payudara ini bukan kes kanser.

Tanda tanda benjolan cyst payudara


  • Benjolan rasa sakit, atau tidak sakit
  • Berbentuk oval atau bulat
  • Benjolan cyst menjadi lebih besar dan keras sebelum datang haid

Cara ujian benjolan cyst payudara


  • Pemeriksaan fizikal
  • Ultrasound
  • Mamogram
  • Biopsy
  • MRI

Rawatan Benjolan Cyst Payudara

Rawatan bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara rawatan benjolan payudara yang akan dilakukan adalah:

  • Pemantauan melalui scan akan dibuat untuk pastikan keadaan sebenar benjolan, sama ada cyst atau kanser.
  • Pembedahan kecil juga mungkin dilakukan jika diperlukan.