Benjolan Di Kemaluan Wanita (Bartholin Cyst) adalah benjolan yang mengandungi cecair yang terkumpul di dalam kelenjar Bartholin.
Kelenjar bartholin terletak di sisi kanan dan kiri labia kemaluan wanita (berhampiran bibir kemaluan). Benjolan ini berlaku apabila salah satu kelenjar Bartholin tersumbat.
Tanda tanda Benjolan Kemaluan / Bartholin Cyst
- Sakit disekitar kemaluan
- Bengkak di kanan, kiri, atau sekitar kemaluan
- Keputihan dan lendir
- Rasa salit semasa hubungan intim
Cara ujian Benjolan Kemaluan / Bartholin Cyst
Ujian fizikal pada kemaluan dan pelvic akan dilakukan.
Rawatan Benjolan Kemaluan / Bartholin Cyst
Rawatan bergantung kepada tahap penyakit dan kesihatan pesakit. Antara rawatan benjolan Bartholin cyst adalah:
- Tuam dengan tuala suam/panas
- Pembelahan kecil untuk membuang cecair
- Pembedahan dilakukan untuk kes benjolan berulang
Dengan penjagaan rapi, benjolan boleh hilang dan sembuh dalam beberapa hari atau minggu.
Cara mencegah benjolan kemaluan / Bartholin Cyst
Sebaik sahaja anda dapat kesan kelainan seperti pengerasan atau benjolan kecik sekitar kemaluan, tuam dengan kain tuala yang suam untuk mengeluarkan takungan cecair dan mengelakan jangkitan.